Kosmo Online - Komuniti Kita
Posted by Tanpa Nama
Kosmo Online - Komuniti Kita |
- Permatang C juara bola sepak ADUN Pinang Tunggal
- Kanak-kanak Tabika Kuala Besut rai Hari Ibu
- Pelatih ILP pamer kemahiran bidang robotik
Permatang C juara bola sepak ADUN Pinang Tunggal Posted: Permatang C juara bola sepak ADUN Pinang TunggalPASUKAN Permatang C (depan) dan pasukan Kampung Baru FC bergambar kenangan sebelum perlawanan di Padang MARDI Kepala Batas, Pulau Pinang baru-baru ini. JUARA. Pasukan Permatang Tinggi C membuktikan kekehebatan mereka apabila memenangi Kejohanan Bola Sepak Piala Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pinang Tunggal, Datuk Roslan Saidin di Kepala Batas, Pulau Pinang baru-baru ini. Pada perlawanan akhir di padang MARDI Kepala Batas, pasukan itu menewaskan lawannya, Kampung Baru FC dengan keputusan 4-2 untuk membawa pulang hadiah wang tunai RM2,000. Menurut ketua pasukannya, Mohd. Nazri Pawanchik, mereka bagaimanapun akur terhadap kelicikan pemain pasukan lawan yang kerap membuat hantaran pendek bagi mengelirukan pertahanannya. |
Kanak-kanak Tabika Kuala Besut rai Hari Ibu Posted: Kanak-kanak Tabika Kuala Besut rai Hari IbuSEBAHAGIAN murid Tabika Perpaduan Kuala Besut menghulurkan bunga sebagai tanda terima kasih kepada ibu masing-masing sempena sambutan hari ibu di Besut, Terengganu baru-baru ini. HARI IBU. Sebanyak 23 murid Taman Bimbingan Kanak-Kanak (Tabika) Perpaduan Kuala Besut meraikan sambutan Hari Ibu di tabika itu di Besut, Terengganu baru-baru ini. Pada majlis tersebut, pelajar juga menyanyikan lagu khas untuk ibu masing-masing. Guru tabika berkenaan, Wan Hanisah Wan Shafie berkata, program tersebut diadakan bagi memupuk rasa kasih sayang dan menghargai kasih ibu. |
Pelatih ILP pamer kemahiran bidang robotik Posted: Pelatih ILP pamer kemahiran bidang robotikPARA peserta ILP Kangar meraikan kejayaan mereka selepas menjadi johan pertandingan Cabaran Robot JTM di ILP Pedas, Rembau, Negeri Sembilan baru-baru ini. BAKAT. Sebanyak 40 Institut Latihan Perindustrian (ILP) termasuk Pusat Latihan Teknologi Tinggi dan Institut Teknikal Jepun-Malaysia menyertai Cabaran Robot Jabatan Tenaga Manusia (JTM) 2013 anjuran JTM dan Institut Latihan Jabatan Tenaga Manusia (ILJTM) di LLP Pedas di Rembau, Negeri Sembilan baru-baru ini. Ketua Pengarah JTM, Datuk Romli Hassan berkata, program selama empat hari itu merupakan platform bagi pelatih ILJTM mengasah bakat kreativiti dalam bentuk teknologi. Katanya, aktiviti sedemikian sebagai satu persediaan bagi pasukan ILJTM untuk menyertai Pertandingan Robocon Peringkat Kebangsaan yang akan berlangsung di Universiti Sains Islam Malaysia pada 22 hingga 27 Mei ini. |
You are subscribed to email updates from Kosmo Online - Komuniti Kita To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |