Utusan Online - Hiburan
Posted by Tanpa Nama
Utusan Online - Hiburan |
Saya bukan anak derhaka - Afiq Muiz Posted: 14 May 2013 02:53 AM PDT Oleh AIDA RIZMARIZA KAMARUDDIN KUALA LUMPUR 14 Mei - "Saya tidak derhaka tetapi dihalau keluar dari rumah oleh ibu." Itulah ungkapan bela diri daripada pelakon yang sedang meningkat naik, Afiq Muiz atau nama sebenarnya Muhamad Afiq Muiz Azman Shah, 21, terhadap dakwaan ibu kandungnya, Hasliza Mohd. Hari ini, ibu kandung kepada pelakon drama Mimpi Cinderella itu dalam sebuah portal berita menyatakan rasa terkilan akan perubahan sikap anak bujangnya setelah bergelar pelakon dan menjalin hubungan dengan seorang pelakon wanita, Ainur Syakina Azman atau Eyna. Menurut Afiq, dia tidak meninggalkan rumah tetapi dihalau keluar setelah berlaku salah faham antara mereka berdua. "Antara saya dan ibu ada berlaku sedikit salah faham apabila ibu menganggap rakan baik saya, Eyna cuba mengikis harta saya. Sesungguhnya saya sedih dengan sikap ibu yang langsung tidak memikirkan kesan perkara ini terhadap saya. "Saya percaya ibu melakukan itu semua sebab tidak puas hati dengan saya yang enggan menanggung perbelanjaan keluarga dan sekali gus menyalahkan Eyna. Sedangkan Eyna tidak terbabit langsung," katanya sedih. Afiq yang mengadakan sidang akhbar tergempar untuk menjelaskan kedudukan sebenar hubungannya dengan keluarga di Subang, Selangor hari ini, turut ditemani oleh Eyna. - UTUSAN ONLINE |
Anuar Zain memilih gandingan dalam persembahan Posted: 13 May 2013 10:32 PM PDT Oleh GARRET DAWUM KUALA LUMPUR 14 Mei - Penyanyi hebat, Anuar Zain mengakui dirinya lebih memilih jika ingin digandingkan dalam setiap persembahan. "Saya lebih suka bekerjasama dengan orang yang saya kenal terutama kawan-kawan. Dengan itu, keserasian akan lebih nampak jelas apabila berada di atas pentas. "Memang tidak dapat saya nafikan, setiap penyanyi ada keistimewaannya. Ramai yang bagus tetapi saya tidak akan menyanyi dengan orang yang sebarangan. "Jadi bila berkolaborasi bersama kawan saya akan lebih selesa dan seronok. Tidak mungkin kita nak bekerjasama dengan orang yang kita tidak kenal?" katanya ketika ditemui di Studio Utusan sempena sesi fotografi album terbarunya, semalam. Album terbaru Anuar Zain itu berjudul Anuar dan Dayang Live At Dewan Filharmonik Petronas yang memuatkan 14 buah lagu solo dan gandingan bersama Dayang Nurfaizah. Dalam pada itu, Anuar memberitahu, bahawa dia sangat menginginkan persembahan duet bersama penyanyi tersohor, Adibah Noor. Sebelum ini, penyanyi kelahiran Indonesia, Rossa pernah menyatakan hasrat untuk menyanyi bersama Anuar Zain. - UTUSAN ONLINE |
You are subscribed to email updates from Utusan Online - Hiburan To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |