{WARGA FELDA}

WARGA FELDA Blog | Created By Www.BestTheme.Net

Senarai Blog Saya

Utusan Online - Johor

Posted by Tanpa Nama

Utusan Online - Johor


Ibu tunggal 2 anak OKU disindir

Posted: 23 May 2013 12:06 PM PDT

Oleh ZULHISHAM ISAHAK
utusanjohor@utusan.com.my

MAIMUNAH Chik bermesra dengan dua anaknya berusia 21 dan 15 tahun yang merupakan OKU di rumahnya di Jalan Wan Chik, Muar, Johor, semalam.

MUAR 23 Mei - Ibu tunggal dari Jalan Wan Chik di sini, yang tidak bekerja kerana menguruskan dua anak orang kurang upaya (OKU), kesal kerana kerap disindir hanya bergantung dengan sumbangan bulanan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) dan Baitulmal untuk terus hidup.

Maimunah Chik, 52, sedih kerana pihak terbabit tidak memahami penderitaan keluarganya dan memperlekeh bantuan yang diterima dua anaknya, Shafikah Mohd. Saidin, 21, dan Nur Amalina, 15, sebanyak RM950 sebulan.

Menurutnya, dia terpaksa berjimat cermat dengan bantuan itu kerana bukan sahaja digunakan untuk menyara kehidupan seharian malah bagi menampung kos perubatan kedua-dua anaknya tersebut.

"Sedihnya ada pihak menyindir kononnya bertuahlah mendapat bantuan bulanan itu sedangkan jika diberi pilihan, saya rela tidak menerimanya kerana mahu Shafikah dan Nur Amalina sihat seperti insan lain," katanya ketika ditemui di rumahnya hari ini.

Sejak suaminya, Mohd. Saidin Ismail meninggal dunia kerana penyakit barah kira-kira tiga tahun lalu, Maimunah terpaksa bersendirian menguruskan tiga anak termasuk Shafikah dan Nur Amalina yang disahkan menghidap cerebral palsy sejak lahir menyebabkan mereka tidak membesar seperti kanak-kanak lain.

Walau bagaimanapun, Maimunah bersyukur kerana anak kedua, Nur Arina, 19, baru menamatkan pengajian dari sebuah kolej kemahiran dan kini berada di rumah untuk turut membantu menguruskan kakak serta adiknya.

"Kudrat saya seorang memang tidak mampu menguruskan mereka berdua terutama untuk mengangkat ke tandas dan ada ketikanya perlu meminta bantuan keluarga yang tinggal berdekatan. Shafikah pernah mengalami sawan dan boleh menyerang kembali bila-bila masa menyebabkan saya tidak dapat bekerja mencari nafkah," katanya.

Sementara itu, Nur Arina berkata, dia tidak terbeban kerana perlu bergilir-gilir dengan ibunya menjaga kakak serta adiknya dan berhasrat mencari pekerjaan di sekitar bandar Muar supaya dapat meringankan kesusahan mereka sekeluarga.

Patuh peraturan prinsip Tokoh Guru Segamat 2013

Posted: 23 May 2013 12:06 PM PDT

ALIAS Hamid (duduk) yang dianugerahkan sebagai Tokoh Guru Daerah Segamat 2013 bersama isteri, Rohana Hasim bergambar bersama Timbalan Pengarah Pelajaran Negeri Johor, Md. Hasidin Zaini (kiri) dan Pegawai Pelajaran Daerah Segamat, Yasiran Maskom pada majlis Sambutan Hari Guru Daerah Segamat di SJKC Jagoh, Segamat kelmarin.

SEGAMAT 23 Mei - Prinsip 'mengikut peraturan' sentiasa dijadikan pegangan Tokoh Guru Segamat 2013, Alias Hamid kerana beliau percaya pelanggaran peraturan akan mewujudkan masalah bukan sahaja diri sendiri malah semua pihak yang terlibat.

Menurutnya, kehidupan sememangnya tidak dapat lari dari peraturan dan semua pihak seharusnya menerima sebarang peraturan itu adalah untuk kebaikan bukannya menyusahkan.

"Bayangkanlah bagaimana kita akan menjalani kehidupan ini sekiranya tidak sebarang peraturan, tentu semuanya akan menjadi bercelaru, kacau bilau dan manusia bercakaran sesama sendiri.

"Tetapi sikap tidak menghormati dan suka melanggar peraturan juga akan membawa situasi yang sama dan hanya akan menyusah serta membuang masa orang lain menangani masalah yang timbul," katanya ketika ditemui selepas dipilih sebagai Tokoh Guru Segamat 2013 sempena sambutan Hari Guru Peringkat Daerah Segamat di SJKC Jagoh, di sini semalam.

Alias yang berasal dari Jasin, Melaka memulakan kerjaya perguruan pada tahun 1974 di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Dato Ali, Pontian selepas menamatkan pengajian di Maktab Perguruan Ilmu Khas, Cheras dan bersara wajib sebagai Pengetua di SMK Kamarul Ariffin, Labis tahun 2005 selepas 31 tahun menabur bakti sebagai pendidik.

Sepanjang kariernya, beliau bergiat aktif sebagai kakitangan Sumber Penilaian Sekolah Mata Pelajaran Sejarah dan turut menyumbang idea dan kreativiti semasa menjadi Panel Penilai Buku Teks Bahasa Melayu di bawah Kementerian Pelajaran.

Jiwa pendidik yang sudah sebati dalam dirinya tidak mampu untuk dibuang membuatkannya melibatkan diri secara aktif dalam pelbagai pertubuhan bukan kerajaan (NGO) di Segamat sejak bersara lapan tahun lalu.

Kini beliau bertugas sebagai Pegawai JASA Parlimen Sekijang dan Pegawai Khas kepada ADUN Kemelah, Datuk Ayub Rahmat bagi menyumbang bakti kepada masyarakat yang dianggap sebagai aktiviti yang sudah sebati dan telah menjadi darah dagingnya.

"Selagi terdaya dan masih diperlukan saya akan terus memberi sumbangan sebaik mungkin kepada masyarakat kerana saya berpendapat kita tidak akan rugi apa-apa sekiranya kita berkongsi pengalaman dan ilmu yang ada,'' katanya.

Peminat 'mini explorace' dijemput ambil bahagian

Posted: 23 May 2013 12:06 PM PDT

BATU PAHAT 23 Mei - Peminat cabaran 'mini explorace' dan sukan 'street soccer' berpeluang membawa pulang pelbagai hadiah menarik dalam pertandingan itu yang diadakan sempena Fiesta Riuh! Sakan anjuran Utusan Malaysia dan Kosmo! di Dataran Penggaram di sini, Sabtu dan Ahad ini.

Penolong Pengurus Pengurusan Jenama Utusan Melayu (M) Berhad, Hazura Ahmad Halil berkata, setakat ini, sebanyak 30 pasukan sudah mengesahkan penyertaan dalam pertandingan 'street soccer'.

Namun, menurut beliau, pasukan lain masih berpeluang menyertai pertandingan itu dengan yuran pendaftaran hanya sebanyak RM20 berserta enam kepala akhbar Kosmo!.

Tambahnya, juara pertandingan itu akan membawa pulang hadiah wang tunai RM1,000, tempat kedua (RM700), ketiga (RM500) dan tempat keempat hingga keenam sebanyak RM100.

"Berikutan hadiah menarik yang disediakan, Fiesta Riuh! Sakan Utusan Malaysia dan Kosmo! menjemput penduduk di negeri ini mengambil bahagian kerana pendaftaran masih dibuka.

"Selain itu, pendaftaran bagi acara lain seperti memancing, mewarna, karaoke, pengubahsuaian kereta dan perlumbaan kereta menggunakan gear satu juga masih dibuka dan pendaftaran boleh dibuat di Dataran Penggaram bermula esok," katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Selain itu, tambah beliau, rakyat Johor turut dijemput menguji fizikal dan minda dalam cabaran 'mini explorace' yang akan diadakan di sekitar Dataran Penggaram Ahad ini.

Katanya, acara yang ditaja minuman isotonik 100 Plus itu melibatkan 10 perhentian yang akan menguji pengetahuan peserta mengenai akhbar Kosmo! dan Fiesta Riuh! Sakan sekali gus dapat memupuk semangat bekerja secara berkumpulan.

Leave a Reply

Raja Alias

Segamat

Kuantan

G. Musang

Trolak

J. Bahru

Terengganu

Mempaga

A. Setar

Jengka

Sahabat