{WARGA FELDA}

WARGA FELDA Blog | Created By Www.BestTheme.Net

Senarai Blog Saya

Utusan Online - Johor

Posted by Tanpa Nama

Utusan Online - Johor


Tingkatkan tahap perkhidmatan

Posted: 16 May 2013 11:38 AM PDT

Oleh MAZNAH MOHD. ARSAD
utusanjohor@utusan.com.my

NUSAJAYA 16 Mei - Menteri Besar, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin mahu semua jabatan dan agensi kerajaan melakukan penambah baik dan mempertingkatkan tahap perkhidmatan masing-masing terutama yang berkait langsung dengan rakyat.

Beliau berkata, langkah itu wajar bagi memastikan apa juga perancangan yang dilaksanakan sampai ke golongan sasar serta mengikut jadual ditetapkan.

"Saya telah minta ketua-ketua jabatan dan agensi berkaitan menyenaraikan apa-apa juga perkhidmatan yang diberikan mengikut keutamaan. Terutama sekali bagi perkhidmatan yang terpaksa melalui kerenah birokrasi seperti permohonan untuk mendapatkan hak milik tanah, mendapatkan lesen perniagaan dan banyak lagi yang lazimnya memerlukan masa untuk diproses.

"Begitu juga dengan proses untuk mendapatkan pasport, kad pengenalan dan dokumen-dokumen lain, saya mahu setiap proses itu ditetapkan berapa lama boleh disiapkan dan seterusnya diserahkan kepada pengguna terbabit," katanya.

Mohamed Khaled yang baharu dilantik menjadi Menteri Besar Johor Ke-15 menggantikan Datuk Abdul Ghani Othman berkata demikian kepada Utusan Malaysia selepas mempengerusikan mesyuarat Exco yang pertama, di sini semalam.

Beliau berkata, semua jabatan dan agensi perlu meningkatkan tahap perkhidmatan yang diberikan, selari dengan agenda transformasi kerajaan yang mahu mensejahterakan rakyat.

Menurutnya, kecekapan setiap jabatan atau agensi kerajaan itu sebenarnya menterjemahkan keberkesanan kepemimpinan kerajaan Barisan Nasional (BN) yang baharu mendapat mandat dalam Pilihan Raya Umum Ke-13, 5 Mei lalu.

Selain itu, beliau turut meminta semua anggota Exco yang baharu dilantik mengisytiharkan harta masing-masing seperti yang dilakukan oleh kerajaan Pusat bagi menjamin integriti mereka.

Karnival Kerjaya di Plaza Angsana tawar 3,000 peluang kerja

Posted: 16 May 2013 11:38 AM PDT

JOHOR BAHRU 16 Mei - Lebih 3,000 peluang pekerjaan ditawarkan sempena penganjuran Karnival Kerjaya, Perniagaan dan Kemahiran (Kepak 2013) yang berlangsung selama tiga hari mulai esok di Plaza Angsana di sini.

Pengarah Unit Perancang Ekonomi negeri, Elias Hasran berkata, tawaran kerja itu meliputi 345 kekosongan pelbagai jawatan dalam sektor awam.

Beliau berkata, lebih 60 syarikat berprofil tinggi di dalam sektor kerjaya, perniagaan dan kemahiran menyertai karnival tersebut.

"Kepak 2013 ini bertujuan memberikan pendedahan selain menawarkan padanan pekerjaan dalam pelbagai sektor dan ia merupakan usaha kerajaan negeri membantu meningkatkan taraf hidup penduduk di Johor.

"Selain peluang pekerjaan, karnival ini juga menawarkan pelbagai peluang peningkatan kemahiran serta peluang menjana pendapatan menerusi perniagaan kecil dan sederhana," katanya dalam kenyataan hari ini.

Karnival tersebut dijadual dirasmikan oleh Pegawai Daerah Johor Bahru, Amran A. Rahman.

Karnival yang diadakan sejak 2011 itu merupakan anjuran kerajaan negeri dengan kerjasama Pihak Berkuasa Wilayah Pembangunan Iskandar Malaysia (IRDA), Jabatan Pembangunan Kemahiran (JPK), Majlis Amanah Rakyat (Mara) dan Jobs Malaysia Centre.

Bertemakan Peluang Berjaya Untuk Semua, Kepak 2013 bukan hanya memberi tumpuan kepada golongan pencari kerja semata-mata, tetapi menyasarkan kumpulan lepasan sekolah, pusat latihan kemahiran dan lepasan institusi pengajian tinggi yang sedang mencari pekerjaan.

Program tersebut memberi peluang kepada pencari kerja dan peniaga sepenuh masa atau sambilan yang berhasrat menambah pendapatan termasuk golongan suri rumah, ibu tunggal dan orang kelainan upaya (OKU) serta warga emas.

Elias berkata, pelbagai bentuk program latihan ditawarkan kepada pengunjung Kepak 2013 dengan tawaran di dalam pelbagai sektor termasuk minyak dan gas, hospitaliti, pelancongan serta seni kreatif dan multimedia.

Menurut beliau, kerajaan negeri memperuntukkan RM4.2 juta bagi tujuan itu dengan matlamat membantu memberikan latihan kepada golongan yang berhasrat meningkatkan kerjaya masing-masing.

"Pelbagai aktiviti menarik turut disediakan kepada pengunjung termasuk klinik kerjaya, temuduga terbuka, kursus kemahiran jangka pendek serta pelbagai pameran kerjaya," katanya.

Ziarah sempena sambutan Hari Guru

Posted: 16 May 2013 11:38 AM PDT

Mohd. Azahar Ibrahim (kanan) dan Rosdin Mahmud (duduk, dua dari kiri) bersama guru ketika menziarahi seorang warga emas sempena sambutan Hari Guru SK Sawah Baru di Kampung Sawah Baru, Labis, Segamat, semalam.

LABIS 16 Mei - Warga Sekolah Kebangsaan (SK) Sawah Baru di sini mempunyai pendekatan berbeza meraikan sambutan Hari Guru tahun ini.

Selain sambutan di sekolah, mereka turut mengadakan Program Ziarah dengan melawat dan menyampaikan sumbangan keperluan harian kepada 10 warga emas di kampung tersebut.

Guru Besarnya, Rosdin Mahmud berkata, sambutan kali ini akan menjadi titik permulaan dalam usahanya mewujudkan kerjasama erat antara penduduk setempat dan pihak sekolah.

"Guru hanya satu daripada faktor dalam usaha melahirkan pelajar cemerlang, sebaliknya ia banyak dipengaruhi oleh persekitaran dan masyarakat sekeliling mereka.

"Sekiranya masyarakat dan ibu bapa cemerlang, tugas guru untuk melahirkan pelajar cemerlang menjadi lebih mudah,'' katanya pada program itu hari ini.

Menurutnya, program ziarah tersebut mungkin sesuatu yang baharu, namun merupakan salah satu cara untuk mengeratkan hubungan pihak sekolah dengan masyarakat setempat.

"Apabila kita mengetahui latar belakang seseorang pelajar, lebih mudah kita menentukan keperluan serta cara terbaik mendidik mereka menjadi pelajar berjaya.

"Sebenarnya guru dan masyarakat tidak pernah terpisah dan harus sentiasa seiring dalam segala aspek serta mempunyai peranan tersendiri dalam melahirkan pelajar cemerlang yang dapat berbakti kepada negara," katanya.

Terdahulu, pada sambutan Hari Guru di sekolah itu, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tenang, Mohd. Azahar Ibrahim meminta masyarakat membuang pandangan sempit dengan menganggap peranan serta tanggungjawab guru sekadar mendidik pelajar di sekolah.

"Guru merupakan golongan yang dihormati serta dekat dengan masyarakat dan boleh memainkan peranan sebagai jambatan yang menyampaikan hasrat serta agenda kerajaan kepada penduduk setempat," katanya.

Leave a Reply

Raja Alias

Segamat

Kuantan

G. Musang

Trolak

J. Bahru

Terengganu

Mempaga

A. Setar

Jengka

Sahabat