Berita Harian: Nasional
Posted by Tanpa Nama
Berita Harian: Nasional |
Posted: 09 Jun 2013 03:40 PM PDT Masih beroperasi 2 kali sebulan walaupun pertubuhan diharamkan Kuala Lumpur: Parlimen roh kumpulan alArqam yang diharamkan pada 1994 dipercayai masih beroperasi dua kali sebulan sebagai usaha mengekalkan kesetiaan pengikut ajaran berkenaan. Dapatkan naskhah BH hari ini untuk berita lanjut atau muat turun versi digital di http://subscription.nstp.com.my/ |
Dana RM90j proses ukur tanah NCR Posted: 09 Jun 2013 03:36 PM PDT Betong: Kerajaan Persekutuan memperuntukkan sejumlah RM90 juta khusus bagi proses pengukuran tanah Hak Adat Bumiputra (NCR) di negeri ini bagi tempoh dua tahun, kata Datuk Seri Najib Razak. Sebagai permulaan, sejumlah RM60 juta sudah diluluskan Kerajaan Pusat tahun ini bagi kerja pengukuran tanah seluas 681,739 hektar, manakala baki sebanyak RM30 juta akan disalurkan tahun depan. Segala janji kita kepada pengundi di Sarawak tetap akan kita tunaikan. Sokongan masyarakat luar bandar kepada BN tidak akan kita sia-siakan kerana sokongan mereka menjadi tunjang kepada BN." Datuk Seri Najib Razak Janji tetap ditunai "Segala janji kita kepada pengundi di Sarawak tetap akan kita tunaikan. Sokongan masyarakat luar bandar kepada BN tidak akan kita sia-siakan kerana sokongan mereka menjadi tunjang kepada BN. "Saya turut berasa bangga melihat begitu banyak kereta di kiri kanan jalan menuju ke Rumah Panjang Wilson Bakir. Ini membuktikan kemakmuran negara sudah melimpah di kawasan luar bandar," katanya ketika berucap di hadapan 2,500 pengunjung rumah panjang itu, di sini, sempena Ngabang Gawai, semalam. Sementara itu, ketika menghadiri Majlis Makan Malam Sambutan Gawai Dayak, di Kuching, malam tadi, Najib mengumumkan peruntukan RM400 juta bagi kerja pembinaan jambatan baru Kanowit serta menyiapkan Jalan Song-Kapit sepanjang 33 kilometer (km). Pada masa sama, Najib turut mengarahkan Kementerian Kerja Raya melakukan kajian pembinaan jalan raya ke Belaga berikutan ada beberapa pilihan laluan yang perlu diteliti. |
You are subscribed to email updates from Berita Harian: Nasional To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |