{WARGA FELDA}

WARGA FELDA Blog | Created By Www.BestTheme.Net

Senarai Blog Saya

Berita Harian: Sukan

Posted by Tanpa Nama

Berita Harian: Sukan


‘FAM jual 20,000 tiket lagi’

Posted: 27 Jun 2013 04:50 PM PDT

Kuala Lumpur: Penyokong Johor Darul Takzim (DT) dan Kelantan yang tidak dapat membeli tiket final Piala FA, Selasa lalu dan semalam, tidak perlu kecewa kerana Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) akan menjual 20,000 tiket di Stadium Nasional Bukit Jalil, mulai jam 9 pagi ini.

Tiket yang pada mulanya diperuntukkan untuk peminat bola sepak di Lembah Klang itu dijual kepada penyokong kedua-dua pasukan berdasarkan konsep 'siapa cepat dia dapat'.

Pengerusi Jawatankuasa Tiket dan Pintu FAM, Datuk S Sivasundram berkata semua 20,000 tiket itu akan dijual secara terbuka kepada keduadua penyokong tanpa ada pembahagian, tetapi setiap seorang dihadkan membeli empat tiket saja.

Berita lanjut dapatkan akhbar BH hari ini

Kereta SUV bakar semangat

Posted: 27 Jun 2013 04:29 PM PDT

Johor Bahru: Setiap seorang daripada dua pemain terbaik Johor Darul Takzim (DT) musim ini akan menerima ganjaran masing-masing sebuah kenderaan utiliti sukan (SUV) Audi Q7 berharga RM550,000.

Ganjaran yang diumumkan menerusi kenyataan media oleh Tunku Mahkota Johor (TMJ), Tunku Ismail Sultan Ibrahim, semalam itu sebagai motivasi tambahan buat pemain Johor DT mempamerkan aksi cemerlang sekali gus menjuarai Piala FA ketika bertemu Kelantan pada final di Stadium Nasional Bukit Jalil, malam esok.

Sebelum ini, pasukan itu turut dijanjikan bonus lumayan oleh Persatuan Bola Sepak Negeri Johor (PBNJ) sekiranya muncul juara Piala FA.

Sekiranya Johor DT menjuarai Piala FA, PBNJ akan memberi bonus yang lumayan kepada skuad itu dan skuad Liga Perdana, Johor. Dua pemain terbaik musim ini daripada Johor DT pula masing-masing akan menerima ganjaran sebuah SUV Audi Q7, katanya

Elak kecoh, provokasi

Tunku Ismail yang juga Presiden PBNJ turut menyeru penyokong Johor DT sentiasa menjaga disiplin dan tingkah laku ketika hadir ke stadium untuk menyaksikan perlawanan akhir itu, malam esok, serta perlawanan akan datang yang membabitkan pasukan itu.

"Elakkan daripada mencetuskan sebarang kekecohan dan provokasi. Sentiasa patuh kepada arahan pihak keselamatan yang bertugas.
Saya berharap penyokong kedua-dua pasukan menunjukkan semangat kesukanan dan persaudaraan, katanya yang akan mengadakan perjumpaan ramah mesra dengan penyokong Johor DT dan Kelantan di kawasan Rehat dan Rawat (R&R) Lebuhraya Utara-Selatan, Seremban, esok.

Lagi berita menarik menjelang aksi final Piala FA dapatkan akhbar BH hari ini:


  • Aksi final bukti kejayaan transformasi Tunku Ismail

  • Mari meriahkan Layar Gergasi'

  • Hadiah buat Tengku Amalin

  • KPRBK sedia 24 bas ke Bukit jalil

  • Anak 8 bulan bawa tuah dapat tiket

Leave a Reply

Raja Alias

Segamat

Kuantan

G. Musang

Trolak

J. Bahru

Terengganu

Mempaga

A. Setar

Jengka

Sahabat