{WARGA FELDA}

WARGA FELDA Blog | Created By Www.BestTheme.Net

Senarai Blog Saya

Kosmo Online - Pemotoran

Posted by Tanpa Nama

Kosmo Online - Pemotoran


SUV yang mendahului kelasnya

Posted:

SUV yang mendahului kelasnya

SUV yang mendahului kelasnya

Oleh AHMAD SYUKRAN ZAINUDDIN

PERTUMBUHAN sebanyak 50 peratus dalam pasaran SUV di Malaysia sejak akhir-akhir ini membuatkan para pemain industri automotif tempatan begitu agresif dalam memperkenalkan SUV masing-masing.

Perkembangan sihat ini sememangnya memberi manfaat kepada pengguna. Bukan sekadar mewah dengan pilihan, malah pengeluar kenderaan juga perlu memastikan produk mereka benar-benar kompetitif. Jadi, hanya yang terbaik ditawarkan ke pasaran. Terbaik dari segi harga, nilai untuk wang, teknologi, reka bentuk dan sebagainya.

Jadi, kalau anda sedang merancang untuk mendapatkan sebuah SUV, saya ada syor mengenai SUV mana yang perlu diambil perhatian secara serius.

Baru sahaja dilancarkan pada Khamis lalu, SUV daripada Ford ini boleh saya katakan sebagai memiliki pakej yang lengkap.

Ditawarkan pada harga RM159,999 (di atas jalan termasuk insurans) bersama jaminan selama lima tahun dan perbatuan sehingga 200,000 kilometer, ditambah dengan pelbagai ciri yang akan saya perincikan nanti, memang tidak ada sebab kenapa anda sekurang-kurangnya memandu uji Kuga.

Sejak diperkenalkan ke pasaran Eropah pada akhir tahun lalu, Kuga mendapat sambutan yang cukup memberangsangkan. Gelombang populariti Kuga nampaknya diteruskan di semua pasaran yang ditembusinya, tidak terkecuali di Malaysia.

Buktinya, semua 150 unit kumpulan pertama Kuga sudah pun habis dijual. Justeru, tidak hairanlah jika pengedar rasmi kenderaan Ford di Malaysia, Sime Darby AutoConnexion (SDAC) optimis bahawa Kuga akan membantu meneruskan momentum pertumbuhannya yang mencecah sebanyak 109 peratus pada tahun ini.

Harus tahu bahawa Malaysia merupakan negara pertama di rantau Asia Tenggara yang ditawarkan dengan Kuga. Produk daripada program One Ford itu nyata menyerlah menerusi penampilan luaran serta teknologi yang dimilikinya.

Kuga dlihat sebagai SUV ideal buat pengguna urban yang mahukan prestasi dan teknologi. Ini kerana ia menawarkan penjimatan bahan api luar biasa menerusi penggunaan enjin EcoBoost 1.6L dengan teknologi Ti-VCT.

Berupaya menjana kuasa sehingga 180PS dengan tork setinggi 240Nm, enjin yang telah memenangi pelbagai anugerah itu hanya memerlukan bahan api sebanyak 7.7 liter untuk setiap 100 kilometer.

Penjimatan tersebut banyak disumbangkan oleh sistem pengecas turbo dan pancitan terus yang membolehkan penghantaran bahan api lebih tepat.

CBU dari Sepanyol


ANDA pasti kagum dengan keupayaan sistem Ford SYNC yang dikuasakan oleh Microsoft.


Enjin itu kemudian dipadankan dengan kotak gear automatik SelectShift enam kelajuan yang menjanjikan prestasi lancar.

Active Grille Shutter juga meningkatkan penjimatan bahan api dengan cara memaksimumkan kecekapan aerodinamik dan sistem penyejukan enjin.

Kuga menampilkan gayaan luaran kinetik yang menyerlahkan elemen 'tenaga dalam pergerakan'. Ia mula diperlihatkan pada kereta-kereta konsep Ford bagi memaparkan rasa pergerakan yang dinamik, bertenaga dan keterujaan. Garis sisi tinggi, alur yang kemas dan bentuk maskular memberikan Kuga penampilan yang lasak tetapi lembut.

Bagi memastikan pengendalian menerajui kelasnya, jentera yang diimport sepenuhnya dari Valencia, Sepanyol itu dilengkapi sistem pacuan semua roda (AWD) pintar Ford.

Sistem itu berperanan mengukur perbezaan kelajuan di antara roda hadapan dan belakang untuk menentukan pengagihan kuasa tork yang sesuai ketika membelok bagi mengelakkan berlakunya masalah torque steer. Selain mengurangkan olengan tubuh, AWD juga meningkatkan dinamik dan kualiti pengendalian kenderaan.

Gabungan sistem Torque Vectoring Control, Advance Track dengan Roll Stability Control (RSC), Trailer Sway Control, (TSC), Hill Start Assist (HSA) dan Curve Control nyata menjadikan Kuga sebuah SUV pintar yang selamat serta berprestasi tinggi.

Premium insurans rendah

Kuga memperoleh penarafan lima bintang oleh Euro NCAP. Skor itu diperoleh menerusi penggunaan besi regangan ultra tinggi pada stuktur badannya. Bukan itu sahaja, Kuga juga satu-satunya kenderaan dalam segmennya yang menawarkan tujuh beg udara.

Dalam kemalangan yang melibatkan pengaktifan beg udara, Sistem Amaran SOS Pasca Kemalangan akan menghidupkan lampu kecemasan dan membunyikan hon sehinggalah ia dimatikan atau kehabisan bateri.

Ciri kunci berkembar pada Kuga pula berfungsi untuk menutup semua tingkap dan mengunci pintu dari jauh untuk mengelakkan penumpangnya daripada keluar. Jadi, ia boleh menghalang penjenayah yang berjaya masuk ke dalam kenderaan daripada melarikan diri.

Digabungkan dengan sistem penggera Thatcham Category 1 dan pelumpuh enjin (immobilizer), ciri-ciri keselamatan Kuga menawarkan tahap keselamatan yang tinggi dan premium insurans lebih rendah.

Ciri yang paling saya suka pada Kuga ialah pintu belakang (liftgate) yang boleh dibuka dan ditutup dengan hanya menggerakkan kaki di bawah bampar belakang.

Bagaimana ia berfungsi? Alat-alat pengesan akan mengesan kombinasi akses pintar pada kunci di dalam poket, beg atau beg tangan dengan pergerakan kaki dan tulang kering anda bagi mengelakkan bukaan yang tidak disengajakan.


KUGA mendapat sambutan hangat di pasaran Eropah sejak dilancarkan pada tahun lalu.


Anda juga boleh menetapkan ketinggian bukaan pintu tersebut. Ciri itu sememangnya berguna jika terpaksa memakir di tempat yang sempit dan rendah. Sebagai langkah keselamatan, sesiapa yang ingin membuka pintu belakang itu mestilah memegang kunci dengannya. Jika tidak pintu belakang tidak akan terbuka begitu sahaja.

Bahagian dalaman Kuga telah dioptimumkan untuk menawarkan lebih ruang. Tempat duduk dengan konfigurasi 60:40 menyediakan ruang kargo mencecah 1,603 liter.

Demi memberikan keselesaan maksimum, Kuga menggunakan ruang dalaman antialahan yang tidak akan mengeluarkan gentian bawaan udara yang boleh mengganggu deria anda.

Sebagai model global Ford, jentera itu turut menampilkan sistem Ford SYNC yang eksklusif. Ford SYNC adalah sistem pengaktifan suara, hiburan dan komunikasi bebas tangan yang dikuasakan oleh Microsoft.

Sistem tersebut membolehkan pengguna membuat dan menerima panggilan telefon, membaca mesej serta memainkan lagu pilihan dengan mudah. Ford SYNC menyempurnakan lagi sistem audio Sony yang terdiri daripada sembilan pembesar suara berkapasiti tinggi dan satu paparan cecair kristal TFT bersaiz 4.2 inci.

Sama seperti semua kenderaan penumpang Ford yang ada di Malaysia, Kuga turut hadir dengan Pelan Servis Tambahan Ford (ESP), demi memberikan ketenangan jiwa kepada para pelanggan tanpa sebarang penambahan kos.

Ford ESP adalah program penyelenggaraan percuma selama tiga tahun atau 60,000km yang merangkumi kos alat ganti dan buruh. Sebagai tambahan kepada pemeriksaan rutin dan penyelenggaraan, Ford ESP juga melibatkan penggantian barangan yang haus dan lusuh seperti palam pencucuh, penyerap hantakan, tali sawat enjin, pad brek serta penggilap cermin.

Didatangkan dalam beberapa warna pilihan iaitu hijau, hitam, putih dan perak, Kuga sememangnya sebuah SUV yang bernilai untuk wang dan boleh menjadi pencabar utama untuk SUV sedia ada di pasaran.

Australia siasat kenderaan VW

Posted:

Australia siasat kenderaan VW

Australia siasat kenderaan VW


VOLKSWAGEN Golf yang dipandu oleh Melissa Ryan berenjin petrol dengan transmisi manual, bukannya berenjin diesel dengan kotak gear DSG seperti yang didakwa. – Gambar hiasan


PIHAK berkuasa Australia kini sedang menyiasat laporan mengenai masalah kehilangan kuasa pada kenderaan keluaran Volkswagen AG. Ia berikutan inkuiri terhadap kematian seorang wanita, Melissa Ryan akibat dilanggar oleh sebuah trak ketika mangsa memandu Volkswagen Golf pada tahun 2011.

Siasatan itu hadir hanya selepas beberapa minggu pengeluar kenderaan dari Jerman tersebut menarik semula kira-kira 91,000 unit keretanya di Jepun kerana kemungkinan berlakunya masalah kotak gear. Kerosakan itu boleh menyebabkan kereta tiba-tiba memecut atau menjadi perlahan ketika dipandu.

"Kami sedang menyiasat laporan-laporan berkaitan keselamatan kenderaan Volkswagen. Ini bagi memastikan sama ada isu-isu keselamatan sistem memang berlaku atau sebaliknya," kata Jabatan Infrastruktur dan Pengangkutan Australia dalam satu kenyataan.

Volkswagen Group Australia (VGA) dalam kenyataan balasnya menyatakan laporan pihak media bahawa kematian disebabkan oleh masalah nyah pecutan secara tiba-tiba adalah tidak benar.

Tidak wujud korelasi antara inkues serta laporan pengguna mengenai timbulnya masalah pada enjin diesel dan kotak gear DSG. Ini kerana kenderaan yang disiasat oleh inkues itu menggunakan enjin petrol dan bertransmisi manual. - Reuters

MPV premium untuk kapten industri

Posted:

MPV premium untuk kapten industri

MPV premium untuk kapten industri

Oleh MUHAMMAD MD TAJUDIN


ELGRAND sesuai dijadikan kenderaan rasmi syarikat.


JIKA disemak model di pasaran, sebenarnya Nissan mempunyai produk dalam semua segmen termasuklah kategori kereta sport.

Perancang produk di Edaran Tan Chong Motor Sdn. Bhd. (ETCM) harus dipuji.

Sebabnya, produk yang dibawa unik belaka. Antaranya Navara King Cab, Nissan Leaf dan paling mengejutkan ialah Elgrand 3.5 V6 pada kala penjual kereta import terpakai (recond) galak menjual Toyota Vellfire, Toyota Alphard dan Honda Elysion.

Memandu uji sebuah MPV premium memerlukan jangka masa dan jarak perjalanan yang jauh. Oleh itu, saya dan keluarga seramai lima orang dewasa dan dua kanak-kanak mengembara ke Kelantan melalui Gua Musang dan pulang melalui Terengganu mengikut jalan pantai.

Mengamati dari luar, Elgrand nampak besar dan mewah. Namun, saiz yang besar itu sebenarnya lebih kecil jika dibandingkan dengan MPV mewah lain. Elgrand generasi keempat itu menyaksikan Nissan menyemak semula sifir reka bentuknya.

Ruang yang berlebihan dikurangkan dan menjadikannya lebih rendah berbanding generasi lama. Hasilnya ialah sebuah MPV yang aerodinamik dan kompak.

Memasuki ruang kabin, terserlah suasana mewah Elgrand. Kerusi pemandu dan penumpang sebelah yang dibalut kulit, ditambah dengan perehat lengan yang merupakan aksesori wajib untuk sebuah MPV.

Kedua-dua kerusi tersebut boleh dilaras secara automatik dan bonus untuk penumpang sebelah apabila ia didatangkan dengan perehat kaki persis kelas bisnes penerbangan.


TEMPAT duduk jenis kapten yang memberi keselesaan maksimum kepada penumpang Elgrand.


Visual bantuan pemandu pula moden dengan kamera yang memberi imej sekeliling kereta (Around View Monitor) dengan sensor sonar yang sangat membantu ketika memarkir Elgrand.

Pemandu juga boleh melaras sistem audio, kamera, penggera, penggunaan minyak dan jadual servis melalui skrin monitor yang sama. Cuma apa yang kurang ialah Elgrand tidak didatangkan dengan telefon sambungan bluetooth, kawalan audio pada stereng dan auto cruise. Agak ralat juga untuk MPV mewah seperti ini.

Tempat duduk selesa

Bahagian penumpang belakang juga tidak kurang hebat dan mewah dengan konfigurasi kerusi kapten. Walaupun kerusi tersebut dilaras secara manual, namun ia didatangkan dengan perehat kaki yang empuk menjadikan pemanduan jauh begitu selesa.

Penumpang belakang pula tidak perlu bersusah-susah untuk membuka pintu pada kedua-dua belah sisi kerana ia dikawal secara elektronik.

Keselesaan penumpang terjamin menerusi empat corong penyaman udara yang boleh dikawal secara berpusat atau tunggal. Jika hendak merasa angin semula jadi, buka sahaja bumbung suria pada barisan kedua tempat duduk atau di atas pemandu.

Cermin penumpang belakang tidak memerlukan filem penapis haba yang tebal kerana setiap tingkap didatangkan standard dengan langsir.

Satu perkara yang agak kritikal untuk sebuah MPV ialah kerusi barisan ketiga dan ruang bagasi yang dianaktirikan. Kedua-dua ciri tersebut pada Elgrand saya fikir lulus ujian, terutamanya kerusi barisan ketiga yang boleh diduduki dengan selesa oleh orang dewasa.

Bagi ruang penyimpanan pula, bonetnya agak dalam dan muat untuk diisi empat bagasi bersaiz sederhana dengan beberapa beg kecil di atasnya. Jika tidak memerlukan kerusi barisan ketiga, baringkan sahaja dengan menekan butang elektronik. Bonet belakang pula turut boleh dioperasikan secara elektronik.

Memandu Elgrand dengan jarak 1,200 kilometer (km) selama empat hari ternyata tidak memenatkan. Tiada masalah memandu pada waktu malam dengan adanya bantuan lampu utama AFS (Adaptive Front Lighting System) yang bergerak mengikut arah stereng.

Dari segi pengendalian, Elgrand tidak terasa bergoyang yang memang sinonim dengan MPV besar. Saya fikir jurutera Nissan berjaya mengimbangi antara kehendak pemandu dan keselesaan penumpang.


SUSUN atur butang kawalan cukup ergonomik dan mudah untuk dioperasi.


Cuma yang menjadi masalah ialah suspensinya yang terasa sikit keras. Kuasa yang dibekalkan oleh enjin 3.5 liter V6 CVTC pula walaupun besar tetapi tidak terasa buas. Dipadankan dengan transmisi XTRONIC CVT enam kelajuan, Elgrand mampu mendaki bukit Karak dengan selesa.

Bagi mereka yang tidak kisah dengan karakter enjin linear dan mahu mendapatkan penjimatan, tekan sahaja butang Eco. Jika ingin merasa prestasi, alihkan gear ke seleksi manual yang merubah karakter enjin.

Penggunaan minyak yang saya peroleh sepanjang pandu uji ialah 12 liter untuk setiap 100km iaitu jumlah yang boleh dikatakan jimat untuk enjin 3.5 liter dan badan yang besar. Menyentuh tentang ciri-ciri keselamatan pula, Elgrand dilengkapi beg udara enam SRS. Kuasa membrek dibantu oleh sistem ABS dengan EBD dan BA.

Harga? Nissan Elgrand Highway Star ditawarkan pada harga RM398,361. Mungkin ada yang merasakannya mahal. Namun, harus diingat bahawa MPV premium ini diimport sepenuhnya dari Jepun serta didatangkan dengan jaminan selama tiga tahun atau perbatuan 100,000km.

MPV premium ini sangat sesuai untuk firma yang menyediakan pengangkutan untuk pihak pengurusan tertinggi dengan keselesaan, muatan yang lebih berbanding kereta sedan premium buatan Eropah dengan harga yang lebih kurang sama.

Leave a Reply

Raja Alias

Segamat

Kuantan

G. Musang

Trolak

J. Bahru

Terengganu

Mempaga

A. Setar

Jengka

Sahabat