Utusan Online - Timur
Posted by Tanpa Nama
Utusan Online - Timur |
Posted: 01 Jun 2013 11:58 AM PDT Oleh ISWAN SHAFIQ MAT ISA Salah seorang pemenang bidaan pakaian artis lelong memasukkan wang ke dalam Tabung Hospital Gaza pada penutup karnival Bulan Pengguna Kebangsaan di Pantai Batu Buruk, Kuala Terengganu, semalam. - Mingguan/ AZLAN BAHRUM KUALA TERENGGANU 1 Jun - Bulan Pengguna Kebangsaan (BPK) 2013 di Pantai Batu Burok di sini mencapai objektif dalam mendidik masyarakat mengenai isu berkaitan kepenggunaan. Menurut penyelaras program, Zalinah Mohd. Yusof, pihaknya juga berpuas hati dengan kelancaran program yang mendapat kerjasama penuh daripada agensi-agensi kerajaan dan swasta serta pertubuhan bukan kerajaan (NGO). Beliau menambah, melalui pendekatan tersebut, masyarakat didedahkan secara tidak langsung berkaitan hak mereka sebagai pengguna mengikut peruntukan undang-undang di negara ini. ''Saya juga berpuas hati apabila dihadiri 50,000 pengunjung pada hari terakhir hari ini. ''Jumlah ini nyata menepati sasaran yang ditetapkan oleh pihak penganjur memandangkan pelbagai aktiviti menarik diadakan sepanjang karnival yang diadakan selama tiga hari itu,'' katanya di tapak pameran di sini hari ini. Dalam perkembangan berkaitan, Zalinah memberitahu, hari terakhir karnival BPK 2013 menyaksikan acara lelongan amal membabitkan barangan peribadi artis yang mendapat sambutan luar biasa daripada kalangan pengunjung yang hadir. Katanya, para pengunjung juga disajikan dengan pelbagai aktiviti menarik untuk para pengunjung pada hari terakhir karnival termasuklah acara treasure hunt, cabutan bertuah, pertandingan karaoke, gotong-royong serta pertandingan bola sepak pantai bersama artis. Antara artis yang turut serta ialah Syed Aiman, Redzuan Hashim, Danny X-Factor, Black, Almy Nadia, Sari Yanti, Wan Sharmila, Dynaz serta Azrul dan Jihan Raja Lawak. |
Bertolak ansur pejalan kaki, penunggang basikal Posted: 01 Jun 2013 11:58 AM PDT KUALA TERENGGANU 1 Jun - Jabatan Keselamatan Jalan Raya (JKJR) negeri mahu para pengguna kenderaan di negeri ini menjadikan sikap bertolak ansur terhadap pejalan kaki dan penunggang basikal sebagai satu budaya semasa berada di jalan raya. Pengarahnya, Ahmad Firdaus Haron berkata, ini kerana kedua-dua pengguna jalan raya itu sebenarnya lebih terdedah kepada bahaya memandangkan mereka tidak mempunyai alat perlindungan jika berlaku sebarang kemalangan. "Justeru, kita menyarankan kepada para pemandu kenderaan supaya menjadikan budaya semasa memandu dengan sentiasa menghormati serta memberikan keutamaan kepada pejalan kaki dan juga penunggang basikal. "Pejalan kaki juga diingatkan supaya menggunakan lintasan pejalan kaki, lintasan berlampu isyarat dan juga jejantas yang disediakan demi keselamatan mereka," katanya di sini semalam. Tambah beliau, walaupun Kempen Keselamatan Pejalan Kaki sempena Minggu Keselamatan Jalan Raya 2013 yang bermula 13 Mei lalu telah berakhir, namun sikap saling menghormati di jalan raya perlu diteruskan. |
You are subscribed to email updates from Utusan Online - Timur To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |